Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barangan curi ditemui semula

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Beberapa barangan kemas seperti rantai dan gelang emas serta satu unit komputer riba yang telah dilaporkan hilang pada sekitar Mac dan April lalu dipercayai dicuri di dua lokasi berasingan di kawasan Sungai Liang, Daerah Belait telah berjaya ditemui kembali.

    Penemuan barang bukti tersebut adalah hasil daripada penahanan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun oleh anggota Balai Polis Sungai Liang.

    Remaja berkenaan yang dipercayai terlibat dalam kes curi di sebuah rumah dan dalam sebuah kereta telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 27 April lalu bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu curi dan curi dalam bangunan.

    Hasil daripada sebutan kes, pihak mahkamah telah memutuskan bagi suspek ditahan reman selama sebulan di Kompleks Rumah Kebajikan (KRK) bagi menjalani penilaian sebelum menantikan sebutan kes selanjutnya.

    Dalam pada itu, Pasukan Polis Diraja Brunei menasihatkan para ibu bapa atau penjaga untuk sentiasa memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka agar tidak mudah terpengaruh dan terjerumus dengan sebarang aktiviti-aktiviti negatif yang boleh sahaja mengheret mereka ke kancah jenayah di negara ini.

    Antara barangan curi yang ditemukan semula.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda