Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Barat daya India kepanasan

    NEW DELHI, 11 APRIL – Gelombang kepanasan melampau dibawakan suhu ekstrem melanda sebahagian besar barat daya India hari ini, membangkitkan kebimbangan cuaca seumpamanya akan menjadi fenomena biasa.

    Jabatan Meteorologi India meramalkan suhu di New Delhi akan mencecah 41.8 darjah Celcius hari ini, hampir lapan darjah Celsius suhu normal.

    Agensi kaji cuaca itu mengisytiharkan gelombang panas apabila suhu sekurang-kurangnya 4.5 Celsius melebihi biasa.

    Bulan utama musim panas – April, Mei dan Jun – lazimnya lebih panas di kebanyakan bahagian di India sebelum monsun hujan membawakan suhu lebih sejuk. Namun gelombang panas tahun ini tiba awal dan pada dekad sebelumnya, ia semakin panas, sehingga meragut ratusan jiwa setiap tahun. Semasa gelombang panas, negara itu juga selalunya mengalami kekurangan air teruk dengan beratus-ratus juta daripada 1.4 bilion penduduknya kekurangan air.

    Suhu ekstrem telah melanda sebahagian besar utara dan barat India dalam beberapa minggu lalu, dengan Rajasthan, Gujarat, Uttar Pradesh dan New Delhi adalah antara yang teruk dilanda gelombang panas.

    Suhu lebih tinggi juga dirasakan di wilayah sejuk dikawal India, Kashmir di Himalaya di mana ramai rakyat India melarikan diri daripada gelombang musim panas di negara itu setiap tahun.

    India sudah pun merekodkan bulan Mac terpanas tahun ini sejak 1901. Gelombang panas terburuk India sejak 1992 adalah pada 2015, apabila sekurang-kurangnya 2,081 orang mati. – AP

    Pekerja menarik pedati yang membawa batang besi melepasi lalu lintas ketika gelombang panas mencengkam New Delhi, India, 11 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...