Barat laut Australia dilanda gempa bumi

SYDNEY, 14 JULAI – Gempa kuat berukuran 6.6 magnitud yang melanda barat laut Australia hari ini menyebabkan bangunan bergoyang tetapi tidak menyebabkan kerosakan atau kecederaan.

Gerak gempa yang melanda awal petang tadi berada 10 kilometer di bawah Lautan Hindi dan 203 kilometer ke resort pantai barat Australia Broome, kata Jabatan Geologi Amerika Syarikat namun menambah tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Sarjan Neil Gordon dari jabatan polis Broome berkata, gempa menggegarkan bandar lebih daripada seminit.

“Bangunan di sini bergoncang kira-kira satu setengah minit,” katanya kepada AFP melalui telefon.

Beliau menambah bahawa tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan di seluruh daerah berikutan gegaran itu.

Penyiar kebangsaan ABC berkata, terdapat beberapa kerosakan kecil akibat gempa tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Media Australia berkata gegaran itu dirasai di sepanjang pantai barat laut Australia Perth dan pusat-pusat perlombongan Karatha dan Port Hedland di selatan dan sejauh Darwin di utara. – AFP