Barber: Bermain di tempat neutral beri kesan terhadap pertandingan

LONDON, 4 MEI – Ketua eksekutif Brighton, Paul Barber risau rancangan untuk menghabiskan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat neutral boleh ‘memberi kesan material terhadap integriti pertandingan’.

Dengan kejohanan masih mencari penyelesaian bagaimana untuk menghabiskan kempen yang masih mempunyai baki 92 perlawanan, dan idea untuk menggunakan 10 tempat neutral dan perlawanan tanpa kehadiran peminat adalah satu-satunya cara untuk menjamin keselamatan.

“Jelas sekali, kita mesti bersedia untuk menerima beberapa kompromi, dan kita mesti sangat menghargai mengapa bermain tanpa kehadiran peminat menjadi kompromi yang diperlukan untuk memain- kan baki perlawanan sementara berterusan memberikan sokongan penuh kepada usaha kerajaan untuk membendung penularan koronavirus,” Barber berkata dalam laman web Brighton.

“Tetapi pada waktu kritikal untuk memainkan perlawanan di tempat neutral, bagi pandangan kami, ia berpotensi akan memberi kesan material kepada integriti kejohanan”.

Brighton mempunyai baki lima perlawanan di tempat sendiri daripada sembilan perlawanan dan sedang berjuang untuk kekal di EPL.

Barber bimbang kehilangan kelebihan bermain di tempat sendiri akan menjadi sangat penting – meskipun tanpa kehadiran peminat.

“Bukan satu kelebihan bagi kami untuk tidak bermain pasukan liga utama di padang kami sendiri dan persekitaran yang sudah terbiasa, walaupun dengan 27,000 orang penyokong Albion tidak dibenarkan untuk datang ke Amex, adalah sesuatu yang paling jelas.

“Jelas sekali, kami mesti menerima bahawa mungkin terdapat beberapa kelebihan untuk bermain baki empat perlawanan di tempat lawan yang neutral tetapi senarai jadual tidak seimbang pada peringkat musim ini, dan kami tidak bermain 29 perlawanan pertama kami pada musim ini dengan cara itu.

“Jadi, pendapat kami, satu perkara tidak akan membatalkan yang lain.” – AFP