BANDARAYA MEXICO – Patung Barbie telah sekian lama diaplikasikan ke dalam pelbagai bidang – dari baju mandi kepada seorang angkasawan bahkan kepada seorang presiden.
Sekarang, wajah patung Barbie dilukis seperti rangka dan mahkota bunga ‘marigolds’ bagi menghormati budaya Mexico, akan tetapi perkara itu membuatkan sesetengah penduduk menangis dan sedih.
Agensi Mattel telah melancarkan versi baharu patung ikonik itu dengan diilhamkan oleh Sambutan Hari Tradisional Mexico iaitu Hari Kematian.
Anak patung itu – dijual dengan harga AS$75 – berdasarkan kepada watak ‘Catrina’ yang terkenal dan dilukis oleh kartunis Jose Guadalupe Posada pada tahun 1912.
Catrina mengenakan gaun hitam dihiasi dengan bunga marigolds, rama-rama dan wajah dilukis seperti tengkorak.

Diego Rivera turut mengabadikan watak Catrina itu dalam lukisan mural yang dihasilkannya pada tahun 1947.
Hari Kematian, disambut di Mexico pada 1 hingga 2 November, dipercayai oleh masyarakat negara itu bahawa gerbang yang memisahkan hidup dengan alam kematian akan dibuka dan membolehkan ahli keluarga untuk memberikan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia terlebih dahulu.
“Tadisi budaya itu telah diiktiraf melalui paparan anak patung ini, yang paling terkenal di dunia dan ia merupakan satu perkara yang membuatkan saya bangga,” kata salah seorang pengumpul patung mainan Mexico, Jacqueline Vidal kepada media AFP di Mexico City, di mana boneka itu secara rasmi dilancarkan baru-baru ini.
Berdepan kontroversi
Walau bagaimanapun, patung ikonik itu berdepan dengan kontroversi apabila beberapa orang penduduk Mexico menganggapnya sebagai ‘peruntukan budaya’ – menggunakan tradisi yang dihormati untuk mendapatkan wang.
“Reka bentuk patung Barbie ini tidak mempunyai elemen yang sama dengan pakaian peribumi asli masyarakat Mexico,” kata Octavio Murillo, Pengarah Warisan Budaya di Institut Kebangsaan Masyarakat Asli (INPI).
“Dianggap lebih daripada pengjiplakan terhadap masyarakat asli, ia akan terus menjadi plagiarism terhadap mereka yang bukan memegang hak utama Guadalupe Posada dan Diego Rivera,” tambah Murillo. Lebih daripada satu bilion patung Barbie telah dijual secara global sejak pelancaran patung ikonik dari Amerika Syarikat itu sejak 60 tahun yang lalu. – AFP