MADRID, 20 Jan – Barcelona akhirnya kemarau sedekad tanpa kemenangan di Real Sociedad apabila sepakan penalti separuh masa pertama Neymar telah memberikan kemenangan 1-0 juara Sepanyol itu dalam aksi suku akhir pertama Copa del Rey.
Barca tidak pernah menang dalam lapan pertemuan di Anoeta dengan jurulatih Luis Enrique menjelaskan seri 1-1 pada November lalu sebagai ‘seakan keajaiban’ memandangkan bagaimana pasukannya dikuasai pasukan lawan.
Namun, Catalan meneruskan petanda kebangkitan mereka dengan membuat permulaan baik yang kemudiannya dihadiahkan apabila Neymar dengan jelas dijatuhkan oleh Aritz Elustondo di minit ke-20.

“Memang selalunya sukar untuk bermain di Anoeta dan menentang Real Sociedad, tetapi ia adalah persembahan yang lengkap,” kata Enrique.
“Kami sangat kukuh ketika bertahan dan efisien dalam serangan. “Tidak kira keputusan apa yang kami peroleh, perlawanan kedua juga pasti sukar tetapi bagi kami ia adalah penting untuk mendapatkan keputusan ini dan satu berita baik.” – AFP
































