Barca ambil tindakan undang-undang

BARCELONA, 14 APRIL – Barcelona akan mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas timbalan presiden yang telah membuat tuduhan mengenai isu rasuah pengurusan, juara La Liga mengumumkan kelmarin.

Minggu lalu, Barcelona dengan marah menafikan tuduhan dari Emili Rousaud, salah seorang dari enam orang pengarah yang telah meletakkan jawatan minggu lalu, bahawa seseorang dari kelab ‘terlibat dengan rasuah’.

“Lembaga pengurusan menafikan sebarang tindakan yang boleh disifatkan sebagai rasuah dan bersetuju untuk membawa tindakan jenayah yang sewajarnya,” Barca berkata dalam kenyataannya.

Pertuduhan Rousaud yang kontroversi melalui media sosial, apabila Barcelona dituduh mengaji sebuah syarikat I3 Ventures untuk menghapuskan semua lawan kepada presiden kelab, Josep Maria Bartomeu secara dalam talian, termasuk pemain seperti Lionel Messi dan Gerard Pique.

“Jika juru audit memberitahu kami kos untuk perkhidmatan adalah 100,000 euro dan kami telah membayar satu juta euro, ini bermakna seseorang telah melakukan rasuah,” Rousaud memberitahu program RAC1 minggu lalu.

Barcelona akan mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas timbalan presiden yang telah membuat tuduhan mengenai isu rasuah pengurusan. Presiden kelab, Bartomeu dituduh mengaji sebuah syarikat I3 Ventures untuk menghapuskan semua lawannya. – Agensi

Bartomeu telah menamatkan kontrak kelab bersama I3 Ventures pada bulan Februari.

Barcelona menambah dalam kenyataan, bahawa juru audit kelab kontrak pemantauan media sosial kelab yang dijalankan oleh PriceWaterhouseCoopers telah diperlahankan oleh pandemik koronavirus.

“Dengan keadaan perintah darurat disebabkan oleh COVID-19 telah memberi impak pembangunan beberapa analisis prosedur,” menurut kenyataan.

Pengumuman tersebut merupakan episod terbaharu dalam krisis politik kelab di bawah pimpinan Bartomeu. Kesemua ahli perniagaan yang telah meletakkan jawatan menyeru pilihan raya presiden kelab 2021 supaya akan diawalkan.

Rousaud telah dilantik sebagai timbalan presiden pada bulan Januari dan merupakan calon yang akan menggantikan Bartomeu, yang tidak dapat menerima jawatan itu.

Akan tetapi Rousand telah meletakkan jawatan bersama dengan timbalan presiden Erique Tombas, serta pengarah Silvio Elias, Josep Pont, Jordi Calsamiglia dan Maria Teixidor.

Dalam bulan-bulan kebelakangan Bartomeu terlibat dengan pertengkaran politik yang ditunjukkan kepada khalayak ramai.

Messi dengan reaksi yang marah Januari lalu kepada Eric Abidal, ketua setiasausaha teknikal, memberi cadangan pemain patut dipersalahkan ke atas pemecatan Ernesto Valverde dan bulan lalu pemain bintang Argentina mengkritik kerana cara kelab membuat rundingan dengan isu pemotongan gaji. – AFP