Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barca cemerlang tanpa Messi

    BARCELONA, 25 Okt – Rafinha menggantikan Lionel Messi dan membantu Barcelona menang tanpanya ketika pemain dari Brazil itu menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan 2-0 Liga Juara–Juara ke atas Inter Milan semalam.

    Dengan Messi tidak beraksi selama tiga minggu dan persaingan menentang Real Madrid adalah seterusnya di Camp Nou pada Ahad, persoalannya adalah sama ada Barca boleh menghadapinya tanpa bintang dan kapten mereka.

    Jawapannya mungkin tidak meyakinkan, mereka kekurangan ketajaman sebelum Jordi Alba menambah gol kedua, tetapi kawalan permainan ini pasti menghantar mereka ke Clasico dengan langkah yang agak kukuh.

    Luis Suarez, Arthur dan Philippe Coutinho semuanya beraksi cemerlang dalam ketiadaan Messi.

    Kejayaan penuh tetapi memastikan laluan Barcelona ke pusingan 16 Liga Juara-Juara. Mereka mengutip sembilan mata dari tiga perlawanan dan sekarang mengungguli Kumpulan B.

    Rafinha (kanan) ketika menjaringkan gol melepasi penjaga gawang Inter Milan, Samir Handanovic semasa perlawanan antara Barcelona dan Inter Milan di Stadium Nou Camp di Barcelona, kelmarin. – AFP

    Messi hanya menonton di tempat duduk bersama anak lelakinya, Ciro dan lengannya yang mengalami keretakan digantung. Ketika bola diletakkan ditengah bulatan, peminat-peminat menyanyikan namanya.

    Barca seri bertemu Athletic Bilbao dalam satu-satunya perlawanan lain musim ini di mana Messi tidak memulakan perlawanan, dan ia mungkin kekalahan jika bukan baginya untuk menjaringkan gol penyamaan.

    Kelab mengeluarkan artikel dalam laman sesawangnya minggu ini bertajuk ‘tidak perlu merasa cemas’ yang menyatakan rekod mereka ‘tidak begitu teruk’ tanpanya.

    Rafinha, yang beraksi dengan pinjaman di Inter hanya lima bulan lalu, adalah pengganti yang mengejutkan. Ousmane Dembele dijangka untuk hadir dan fakta pemain dari Perancis itu masih berada di bangku simpanan sehingga akhir memberikan petanda tidak bagus bagi statusnya.

    Messi berusia 22 apabila Barcelona kali terakhir menentang Inter, kemenangan menerusi agregat 3-2 bagi pasukan dari Itali dalam perlawanan separuh akhir 2010, yang masih dipertahankan dari kemuncak kerjaya Jose Mourinho. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda