MADRID, 5 Feb – Lionel Messi telah menjaringkan satu lagi gol menerusi sepakan percuma apabila Barcelona mula mengurangkan jurang mata dengan pendahulu La Liga, Real Madrid kepada satu mata dalam kemenangan 3-0 ke atas Athletic Bilboa kelmarin.
Madrid mempunyai kelebihan dua perlawanan di tangan, di mana perlawanan mereka menentang Celta Vigo ditunda. Perlawanan tersebut ditunda selepas angin kuat telah merosakkan struktur Stadium Balaidos, dan menjadikannya tidak selamat untuk mengadakan perlawanan, umum La Liga selepas penilaian keselamatan dijalankan oleh pihak berkuasa setempat.
Barca memanfaatkan peluang mereka dengan memberikan tekanan di Camp Nou, tetapi terselamat apabila Atletic banyak mensia-siakan peluang dalam perlawanan sengit berbanding yang dilihat dari keputusan akhir perlawanan. Luis Suarez direhatkan di bangku simpanan bagi memberikan Paco Alcacer permulaan dan telah menjaringkan gol La Liga pertamanya sejak menyertai Barca dari Valencia dengan nilai 30 juta euro pada bulan Ogos. – AFP