Barca gigit jari, peluang Madrid rampas takhta liga

MADRID, 28 JUN – Harapan Barcelona memenangi gelaran semakin menghadapi kesukaran ketika mereka seri 2-2 menentang Celta Vigo, memberikan Real Madrid peluang untuk melonjak dua mata merampas kembali kedudukan di puncak La Liga.

Luis Suarez dua kali meletakkan Barca berada di depan di Stadium Balaidos, merupakan jaringan pertamanya sejak Januari lalu tetapi Iago Aspas membuat Barca terdiam seketika apabila rembatan lengkung melalui sepakan percuma di minit-minit akhir perlawanan berjaya menyamakan kedudukan, hampir saja menjadi saat penting buat Barca dalam perlumbaan gelaran mereka.

Barcelona mendahului satu mata berada di depan Madrid di La Liga tetapi pasukan Zinedine Zidane dapat mengambil peluang besar ini untuk menjadi juara jika mereka memenangi perlawanan menentang pasukan tercorot liga Espanyol pada Ahad ini.

Madrid memiliki kedudukan terbaik mereka menentang Barca dan mereka telah memenangi kesemua empat perlawanan sejak La Liga kembali semula awal bulan ini.

“Perasaan sekarang negatif,” kata Suarez setelah perlawanan itu. “Sekiranya kami ingin terus berada dalam perlumbaan kejuaraan dan memilikinya di tangan kami, kami harus memenangi semua perlawanan kami. Tetapi kami sekarang bergantung kepada Madrid agar kehilangan mata.”

Suarez kembali bermain dengan aksi terbaiknya sejak menjalani pembedahan lutut pada bulan Januari lalu, jaringan pertamanya dari sepakan percuma. Celta naik ke tangga ke-16 liga, lapan mata selamat dari zon penyingkiran. – AFP

Reaksi pemain Celta Vigo semasa meraikan jaringan gol pada perlawanan La Liga antara Celta Vigo dan Barcelona di Stadium Balaidos, Vigo semalam. – AFP