Barca jual hak penamaan Camp Nou

MADRID, 22 APRIL – Barcelona akan mengumpul dana untuk melawan wabak koronavirus dengan menjual hak penamaan terhadap stadium mereka, Camp Nou musim hadapan buat kali pertama dalam sejarah kelab.

Pendapatan yang dijana dari penamaan semula stadium berkapasiti 99,000 tempat duduk Barca untuk tempoh satu tahun akan dimasukkan ke dalam ‘projek kajian dan projek lain yang berhubungan dengan menentang kesan COVID-19, dari peringkat setempat dan antarabangsa.

Stadium tersebut akan mengekalkan nama ‘Camp Nou’ dan termasuk penaja baharu mereka.

Sebelum ini kelab telah mempromosikan badan kebajikan kanak- kanak UNICEF pada baju mereka secara percuma.

Dalam kenyataan kelmarin, kelab berkata proses mencari pembeli sedang dijalankan ‘dalam beberapa minggu akan datang’.

“Pendapatan yang dijana akan dibuat satu tabung yang akan dibahagi-bahagikan mengikut beberapa cara: sebahagian akan disumbangkan terus kepada projek COVID-19 yang diterajui oleh penaja mereka dan selebihnya akan dikongsikan di antara berbagai-bagai projek yang telah dibangunkan serentak,” tambah kenyataan itu. – Agensi

Barcelona akan mengumpulkan dana untuk menangani wabak koronavirus dengan menjual hak penamaan terhadap stadium mereka buat kali pertama dalam sejarah kelab.- AFP