MADRID, 8 Jan – Lionel Messi membuat kemunculan yang ke-400 dalam La Liga dengan menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan Barcelona 3-0 ke atas Levante di Camp Nou semalam ketika Catalans bersedia untuk mendedahkan Philippe Coutinho.
Jaringan ke-365 buat Messi dalam pasukan kelompok teratas Sepanyol disusuli dengan jaringan dari Luis Suarez dan Paulinho ketika Barcelona melanjutkan pendahuluan mereka ditangga teratas dengan kembali melebarkan jurang sembilan mata ke atas Altetico Madrid.
Mereka juga sekarang mengumpulkan 16 mata di depan juara bertahan Real Madrid, yang terikat seri 2-2 di gelanggang luar di Celta Vigo biarpun satu jaringan menerusi Gareth Bale dan masih berada di tangga keempat.
Barcelona masih lagi belum kalah dalam persaingan La Liga musim ini dan hari ini secara rasminya memperkenalkan Coutinho berikutan perpindahan pemain dari Brazil itu dengan nilai 160 juta euro (AS$192 juta) dari Liverpool.
Dengan semua perbincangan mengenai Coutinho, jurulatih Ernesto Valverde berazam bagi pasukannya untuk terus fokus untuk memenangi liga pertama mereka sejak menewaskan Real Madrid 3-0 dalam Clasico pada 23 Disember.
“Levante tidak tewas di gelanggang luar sejak September lalu. Kami berada dalam kedudukan yang bagus pada separuh masa pertama, tetapi rentak tidak sama pada separuh masa kedua,” kata Valverde.
Pengambilan pemain sebelumnya Barcelona, Ousmane Dembele – pembelian bernilai 105 juta euro dari Borussia Dortmund pada musim panas – diturunkan buat kali pertama sejak mengalami kecederaan hampir empat bulan yang lalu.
Dia hampir menjaringkan gol dalam beberapa keadaan, termasuk rembatan dari jarak 20 ela yang menewaskan penjaga gol Levante, Oier Olazabal.
“Saya rasa dia telah membawa sesuatu kepada pasukan, dan dia juga perlu berdepan dengan perlawanan bagi merebut tempat dan bagi beraksi di atas padang, dari pesaing yang tidak mahu melepasi kedudukannya,” kata Valverde.
“Ia adalah satu proses, tetapi saya rasa dia kelihatan bagus dan kami berharap dia akan meningkat.” – AFP