Barca menang tanpa Messi

MADRID, 25 JAN – Barcelona meraih kemenangan tanpa Lionel Messi semalam, ketika jaringan Frenkie de Jong (gambar bawah) dan Riqui Puig menewaskan Elche 2-0 di La Liga.

De Jong menjaringkan gol pertama sebelum rehat di Martinez Valero sebelum Puig yang diturunkan sebagai pemain gantian menanduk masuk gol kedua pada minit-minit akhir perlawanan.

Walaupun mempamerkan aksi yang kurang mantap, Ronald Koeman tetap lega menyaksikan Barca meraih dua kemenangan berturut-turut tanpa Messi dan sejak tewas di final Piala Super Sepanyol kepada Athletic Bilbao minggu lalu, Barca bangkit menewaskan Cornella dalam masa tambahan pada perlawanan baru-baru ini.

Messi masih lagi menjalani penggantungan selepas dibuang padang ketika menentang Seville tetapi bintang Argentina itu boleh beraksi kembali pada saingan Copa del Rey di Rayo Vallecano.

De Jong mengambil alih posisinya kembali, mendapat momentum sejak beberapa minggu lalu. Jaringan pertama itu antara jaringan paling mudah baginya dan mencipta assist untuk jaringan kedua oleh Puig.

“Kami lebih baik tahun ini. Kami perlu beraksi semua perlawanan di tempat lawan dan di La Liga kami menang semuanya, jadi saya fikir, kami melakukannya dengan baik,’’ kata De Jong. – AFP