Barca nafi tuduhan rasuah

MADRID, 12 APRIL – Barcelona menafikan apa yang disifatkan sebagai ‘serius dan tuduhan tidak berasas’ terhadap rasuah selepas bekas presiden menuduh seseorang telah melakukan rasuah.

Emili Rousaud salah seorang dari enam ahli lembaga yang telah meletakkan jawatan Khamis lalu dengan Barcelona terus berada dalam krisis politik di bawah presiden ketika ini, jelas Josep Maria Bartomeu.

Kesemua ahli lembaga yang meletak jawatan menyeru untuk pemilihan presiden 2021 untuk dibawa tampil ke hadapan dalam surat bersama yang telah diterbitkan Jumaat lalu oleh akbar La Vanguardia.

Dalam sesi temu bual dengan radio Sepanyol, Cadena Ser, Rousaud menuduh kontroversi sosial media yang telah menghentam kelab pada bulan Februari, apabila Barcelona dituduh mengambil sebuah syarikat, I3 Ventures untuk menghapuskan lawan Bartomeu secara dalam talian, termasuk pemain seperti Lionel Messi dan Gerard Pique.

“Jika jurukira memberitahu kita kos perkhidmatan ialah 100,000 euro dan kami membayarnya dengan berjuta-juta, ia bermakna seseorang telah memberikan rasuah. Saya tidak mempunyai bukti dan saya tidak memberitahu siapa,” Rousand memberitahu program RAC1.

Barcelona membalas dengan kenyataan rasmi berbunyi: ‘Dalam hal yang serius dan pertuduhan yang tidak berasas yang telah dibuat pagi tadi oleh Emili Rousaud, bekas timbalan presiden kelab, dalam sidang temu bual bersama media, FC Barcelona, menafikan sebarang aktiviti yang disifatkan sebagai rasuah dan berhak untuk membuat tindakan undang-undang’.

Bartomeu telah menghentikan kontrak kelab bersama I3 Ventures pada bulan Februari. Dia berkata syarikat tersebut telah digaji hanya untuk memantau media sosial dan untuk membuat akaun secara dalaman untuk menyiasat sebarang ketidaktentuan. – AFP

Presiden Barca, Bartomeu menafikan tuduhan yang disifatkan tidak berasas dan serius mengenai isu rasuah oleh bekas timbalan presiden, Emili Rousaud. – AFP