Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barca perlu 5 gol – Enrique

    BARCELONA, 19 April – Barcelona perlu sekurang-kurangnya untuk menjaringkan lima gol mengatasi Juventus bagi menghasilkan satu lagi kebangkitan ajaib dalam Liga Juara-Juara, menurut ketua jurulatih Barca, Luis Enrique.

    Pasukan Catalan itu melakarkan sejarah Liga Juara-Juara dengan mengatasi defisit 4-0 dalam perlawanan pertama untuk menewaskan Paris Saint-Germain 6-1 dalam pusingan akhir, tetapi menghadapi lagi satu pendakian di Camp Nou awal pagi esok ketika mereka mengekori 3-0 dalam perlawanan suku akhir.

    “Kami perlu menjaringkan beberapa gol,” kata Enrique yang bersemangat, menghadapi apa yang dilihat kendalian perlawanan Eropah terakhirnya. “Tetapi perlu diingat pasukan lawan juga mempunyai berpeluang dan jaringan boleh tiba pada bila-bila masa, objektif kami adalah untuk menjaringkan lima gol.”

    Enrique menerajui pemulihan Barca dalam 16 pasukan terakhir, mendakwa barisan penyerang yang terdiri daripada Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar mampu untuk menjaringkan enam gol ketika menentang juara Perancis.

    Dan dia meminta bagi penonton yang dijangka hampir 100,000 untuk memainkan perana mereka seperti yang mereka lakukan menentang PSG.

    “Kami tidak memiliki sebarang kekesalan. Kami bebas dari tekanan. Juventus memiliki persaingan separuh akhir dalam poket mereka dan perlu untuk menentukan sama ada untuk bertahan atau melakukan serangan,” tambahnya.

    “Kami hanya memiliki satu pilihan iaitu menyerang, menyerang dan menyerang.

    “Saya pasti jika kami menjaringkan gol pertama, Camp Nou akan menjaringkan gol kedua dan ketiga akan datang dengan sendirinya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda