Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Barca sahkan perpindahan Kounde

    MADRID, 29 JULAI – Pemain bek tengah dari Perancis, Jules Kounde bersetuju untuk menyertai Barcelona dari Sevilla, menurut pengumuman kedua-dua kelab itu kelmarin, tanpa memberikan butiran lanjut mengenai tempoh dan kos pembayaran perjanjian itu.

    “Barcelona FC dan Sevilla FC mencapai persetujuan untuk perpindahan Jules Olivier Kounde, sementara menunggu keputusan kesihatan pemain itu dan menandatangani kontrak,” kata kelab Catalan dalam satu kenyataan.

    Menurut laporan akhbar Sepanyol, kedua-dua kelab itu mencapai perjanjian bernilai 50 juta euro (AS$50.7 juta) termasuk bayaran tambahan berjumlah 10 juta euro.

    Dia menjadi pemain kelima menyertai Barca musim ini selepas ketibaan Robert Lewandowski dari Bayern Munich dan Raphinha dari Leeds, selain pemain AC Milan Franck Kessie serta bek tengah Chelsea dari Denmark, Andreas Christensen secara perpindahan percuma.

    Perjanjian antara Chelsea dan Sevilla berjaya dicapai pada minggu lalu, tetapi media Sepanyol menyatakan bahawa jurulatih Barca, Xavi Hernandez memainkan peranan penting dalam perpindahan Kounde.

    Pemain berusia 23 tahun itu dalam proses pemulihan selepas pembedahan pangkal paha pada bulan lalu dan dijangka boleh bermain pada permulaan musim baharu.

    Kounde menyertai Sevilla pada 2019 dari Bordeaux. Beliau memenangi Liga Europa semasa musim pertamanya di Sepanyol, dan membuat 11 kali penampilan untuk Perancis.

    Sementara itu, Barcelona juga telah melanjutkan kontrak pemain sayap Perancis, Ousmane Dembele sehingga 2024. – AFP

    Gambar fail Jules Kounde semasa perlawanan La Liga antara Sevilla dan Real Betis di stadium Ramon Sanchez Pizjua, Sepanyol, 14 Mac 2021. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...