BARCELONA, 4 Jun – Pertahanan Barcelona, Samuel Umtiti bersetuju menyambung kontraknya bersama Barcelona selama lima musim lagi, menurut kelab itu semalam.
Umtiti, sebahagian daripada skuad Perancis bagi Piala Dunia yang berlatih di Clairefontaine, dekat Paris, berkunjung ke Camp Nou di Barcelona hari ini, yang mana dia menandatangani kontrak dan menghadiri sidang akhbar.
Umtiti tiba di Barca dari Lyon pada 2016 dengan harga 25 juta euro dan mengukuhkan tempatnya dalam kesebelasan utama.
Pemain berusia 24 tahun kelahiran Cameroon itu tampil 18 kali bersama pasukan kebangsaan Perancis.

Klausa beli kontraknya bernilai 60 juta euro, mula kelihatan rendah apabila Liverpool membayar 84 juta euro untuk menyambar Virgil van Dijk Disember lalu dan Manchester City membayar 70 juta euro bagi mendapatkan khidmat Aymeric Laporte pada Januari lalu.
Jumlah klausa beli dalam kontrak baru Umtiti tidak didedahkan semalam.
Perjanjian itu meneruskan siri penyambungan kontrak di Barca berikutan kontrak baru buat Lionel Messi (hingga 2021), Sergi Roberto (2022) dan penjaga gol Marc-Andre ter Stegen (2022). – AFP