Barca yakin Messi kembali cergas bertemu Mallorca

MADRID, 5 JUN – Lionel Messi mengalami kecederaan kecil di pahanya, tetapi Barcelona tetap yakin dia akan kembali cergas untuk perlawanan pertama pasukannya menentang Mallorca pada 13 Jun ini, kata kelab semalam.

Messi tidak berlatih bersama skuad lain sejak Selasa lalu setelah belatih secara berasingan di gim pada Rabu dan Jumaat, sementara pada Khamis semua pemain diberi cuti.

Barcelona mengatakan bahawa Messi harus kembali berlatih dalam beberapa hari ini, tetapi ketiadaannya menimbulkan keraguan mengenai kecergasannya menjelang perjalanan ke Mallorca.

Seperti semua pasukan La Liga, Barca hanya mempunyai 10 hari untuk berlatih secara berkumpulan ketika perlawanan liga kembali semula pada 11 Jun ini, berikutan setelah penangguhannya tiga bulan kerana wabak COVID-19.

“Leo Messi mengalami cedera di paha kanannya dan melakukan latihan secara berasingan, melakukan latihan khusus untuk mengelakkan risiko yang tidak diingini dengan hanya tinggal lapan hari sebelum Barca akhirnya kembali beraksi,” kata kenyataan kelab.

“Dia harus dapat kembali semula dengan rakan sepasukannya dalam beberapa hari.”

Messi telah mengalami musim kecederaan kebelakangan ini. Pemain berusia 32 tahun itu pernah diketepikan akibat kecederaan selama enam minggu antara bulan Ogos dan September lalu kerana mengalami kecederaan di betisnya dan kemudian pada akhir bulan September beliau tidak beraksi selama satu minggu lagi kerana masalah di paha kirinya.

Tetapi setelah kembali sihat, Messi dengan cepat mendapatkan prestasinya kembali, menjaringkan 24 gol dalam 31 penampilan sejauh ini untuk membantu Barcelona mencatat dua mata di tangga teratas La Liga.

Barca menambah, pasukannya akan berlatih di lapangan di Camp Nou pada hari Sabtu ketika jurulatih Quique Setien “berusaha untuk persediaan pemainnya untuk kembali beraksi, tetapi dengan permainan yang berlangsung di sebalik pintu tertutup.” – AFP

Reaksi Lionel Messi pada perlawanan yang lalu ketika meraikan jaringannya. Barcelona tetap yakin Messi akan kembali cergas untuk perlawanan pertama pasukannya menentang Mallorca pada 13 Jun ini. – AP