Barcelona akhirnya raih kemenangan pertama di laman lawan

MADRID, 28 NOV – Barcelona mencatatkan kemenangan pertama mereka di gelanggang lawan dalam saingan La Liga musim ini dalam perlawanan pertama Xavi Hernandez sebagai pengurus ketika gol lewat dari Memphis Depay dan Philippe Coutinho memastikan kemenangan 3-1 ke atas Villarreal kelmarin.

Barca telah melalui lima perlawanan di gelanggang lawan dalam liga tanpa kemenangan tetapi Xavi mempunyai sentuhan ajaib, dengan pengurus berusia 41 tahun itu berjaya meraih kemenangan keduanya daripada dua perlawanan La Liga di mana kedua-dua belah pihak mencatat keputusan seri tanpa jaringan pada pertengahan minggu di gelanggang sendiri menentang Benfica dalam perlawanan Liga Juara-Juara.

Jaringan di La Ceramica membanggakan Barca, yang dengan mudah boleh tewas dalam perlawanan yang mencemaskan di mana Villarreal menolak beberapa peluang cemerlang, hanya untuk melakukan kesilapan yang teruk di bahagian belakang yang membolehkan Depay menjaringkan gol pada minit ke-88.

Coutinho menambah gol ketiga daripada sepakan penalti pada masa kecederaan selepas Samuel Chukwueze sebelum itu menafikan gol pembukaan Frenkie de Jong pada awal separuh masa kedua.

“Ia adalah permainan yang paling kurang kami kuasai, tetapi kami menang,” kata Xavi.

“Pada Selasa lalu, kami layak untuk menang tetapi kami seri, hari ini sepatutnya kami seri tetapi kami mencatat kemenangan. Ia adalah kemenangan yang luar biasa buat kami.”

Barcelona mengurangkan jurang dengan Atletico Madrid yang menduduki tangga keempat kepada tiga mata, sebelum Atletico bermain di Cadiz hari ini.

Mereka masih ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu Real Madrid, yang berada di gelanggang sendiri hari ini menentang Sevilla. – AFP

Reaksi pemain-pemain Barcelona meraikan gol ketiga pasukan dalam perlawanan La Liga menentang Villarreal kelmarin. – AFP