BARCELONA, 24 Sept – Peminat di Amerika Syarikat (AS) akan merasakan sendiri sekiranya persaingan yang dinanti-nantikan ini di Stadium Hard Rock, Miami pada Januari depan setelah Barcelona dan Girona hanya mampu mengikat seri 2-2 dalam perlawanan yang diadakan di Camp Nou semalam.
Empat jaringan dicetak, satu daripada Lionel Messi dan dua daripada Cristhian Stuani untuk Girona, juga tidak lupa kad merah kontroversi yang dilayangkan kepada pemain pertahanan Barca, Clement Lenglet.
Gerard Oique memastikan satu mata bagi tuan rumah untuk melengkapkan saingan utama itu setelah meledakkan satu jaringan dari luar garisan dan melakukan kesilapan bagi setiap jaringan yang dihasilkan oleh Girona.
Pada akhirnya, Barca terpaksa menyerahkan rekod sempurna mereka dalam La Liga, begitu juga kelebihan dua mata ke atas Real Madrid. Mereka kembali di tangga teratas, dengan perbezaan jaringan, sementara itu, Girona melonjak ke tangga keenam.
“Bagi kami, ini adalah satu kejayaan. Berkunjung ke sini dan mendapatkan keputusan ini adalah begitu berharga bagi kami,” kata Stuani.
Bertahan dengan perlawanan ini selalu menjadi prospek yang lebih luas jika tidak diadakan perlawanan timbal balik, mencetuskan keinginan La Liga untuk memindahkan perlawanan yang dijadualkan di Estadi Montilivi, Girona, pada 26 Januari depan ke AS.
Bagi kesemua bantahan, terdapat kekurangan aduan yang disedari di Camp Nou, di mana mereka melaungkan bagi kebebasan Catalan namun hanya sedikit yang membantah mengenai kunjungan ke Miami itu.
Satu mata mungkin tidak dilihat sebagai aksi timbal balik yang teruk bagi Barca, setelah beraksi melalui hampir satu jam dengan 10 pemain, tetapi pertukaran yang dilakukan oleh jurulatih Ernesto Valverde gagal mencapai sasaran.
Lenglet dimasukkan untuk menggantikan Samuel Umititi, yang direhatkan di samping Pique, dengan keadaan Umtiti digantung bagi aksi Liga Juara-juara bersama Barcelona menentang Tottenham lewat bulan ini. – AFP