BARCELONA, 25 APRIL – Barcelona mencatat kekalahan mengejut 1-0 oleh Rayo Vallecano kelmarin, yang memberi peluang kepada Real Madrid untuk memenangi La Liga jika mereka seri di laman sendiri menentang Espanyol pada hujung minggu hadapan.
Kedudukan Barca di kelompok empat teratas masih belum terjamin sama ada selepas kekalahan ketiga berturut-turut di Camp Nou pada akhir musim dan menyaksikan mereka mensia-siakan peluang untuk melayakkan diri dalam kelayakan Liga Juara-Juara.
Madrid kekal dengan kelebihan 15 mata dengan baki lima perlawanan dan sementara Barcelona mempunyai perlawanan yang lebih baik, skuad Carlo Ancelotti tahu bahawa mereka tidak dapat dikejar jika mereka hanya meraih satu mata daripada Espanyol pada perlawanan Sabtu di Santiago Bernabeu. Barcelona sepatutnya masih mempunyai peluang untuk menduduki empat tempat teratas memandangkan mereka mempunyai enam mata di depan Real Betis yang berada di tangga kelima, dengan berbaki lima perlawanan tetapi memenangi perlawanan ini menentang pasukan Rayo pastinya akan menjadikan pertarungan lebih selesa.
“Terdapat perlawanan yang menjadi rumit kerana kami tidak bermula seperti yang sepatutnya,” kata Xavi. “Ia mengecewakan kerana ia adalah peluang keemasan.”
Sebaliknya, prestasi serta kedudukan mereka, akan menimbulkan kebimbangan sebenar bagi jurulatih Xavi, dengan pasukannya kini hanya menang dua kali dalam enam perlawanan terakhir mereka.
Kekalahan tersebut berlaku selepas mereka ditewaskan di tempat sendiri oleh Eintracht Frankfurt pada suku akhir Liga Europa dan kemudian dikalahkan oleh Cadiz dalam La Liga, juga dengan keputusan 1-0.
Xavi bercakap mengenai pasukannya yang ‘bangkit’ daripada pergelutan beberapa minggu yang lalu, apabila pembelasahan Real Madrid 4-0 di Santiago Bernabeu nampaknya akan meletakkan Barcelona sebagai pasukan pilihan dalam La Liga pada musim hadapan. – AFP
