Barcelona kehilangan De Jong

MADRID, 22 JUN – Pemain tengah Barcelona, ​​Frenkie De Jong telah mengalami kecederaan otot di betisnya dan mungkin tidak beraksi selama beberapa minggu, menurut laporan kelab.

De Jong, 23, diketepikan setelah keputusan seri tanpa jaringan di perlawanan antara Barca dan Sevilla Jumaat lalu dan kelab itu mengatakan dalam satu kenyataan bahawa “pakar perubatan telah mengesan kecederaan pada bahagian kaki kanannya.”

Kelab itu tidak mengatakan berapa lama De Jong akan tidak beraksi tetapi laporan media mengatakan mungkin dalam beberapa minggu.

Pemain antarabangsa Belanda itu yang ditandatangani Barca setelah membawa Ajax ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu, telah membuat 27 penampilan liga dalam kempen pertama yang mantap. – AFP