Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    Barcelona kembali menjadi juara La Liga

    MADRID, 15 MEI – Barcelona meraikan kemenangan liga Sepanyol dan kali ini tanpa Lionel Messi.

    Barcelona menjulang trofi liga pertamanya selepas pemergian Messi dengan kemenangan 4-2 di Espanyol kelmarin dalam perlawanan yang dicemari penyokong Espanyol yang menyerbu padang pada penghujung permainan dan memaksa pemain Barcelona menuju ke bilik persalinan.

    Robert Lewandowski menjaringkan dua gol untuk mengetuai kelab Catalan itu merangkul kejuaraan liga pertamanya sejak tahun 2019. Gelaran itu dijamin dengan baki empat perlawanan dan dua tahun selepas Messi meninggalkan kelab di tengah-tengah masalah kewangan kelab tersebut. – AP

    Reaksi pemain-pemain Barcelona meraikan kejuaraan bersama peminat selepas menundukkan Espanyol 4-2, baru-baru ini.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -