Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Barcelona melonjak ke puncak La Liga

    MADRID, 11 SEPT – Pasukan kendalian Xavi, Barcelona, melonjak ke puncak liga selepas mencatat kemenangan 4-0 ke atas Cadiz kelmarin, dalam pertemuan yang terganggu oleh kecemasan kesihatan di tempat duduk penonton.

    Barca mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan. Namn juara bertahan La Liga Real Madrid, yang mempunyai rekod sempurna setakat ini, boleh kembali ke puncak liga apabila mereka menentang Real Mallorca.

    Frenkie de Jong menjaringkan gol pertama pada minit 55 dan penyerang Poland, Robert Lewandowski menggandakan kedudukan 10 minit kemudian.

    Pemain bintang Barca yang dibeli pada musim panas lalu, Lewandowski, kini mencatat enam gol daripada lima perlawanan Liga.

    Perlawanan dihentikan pada minit ke-82 kerana seorang penonton diserang serangan jantung di tempat duduk penonton.

    Penjaga gol Cadiz, Jeremias Ledesma berlari ke bangku simpanan pemain untuk mendapatkan alat defibrilator dan kemudian menyerahkannya kepada petugas kecemasan.

    “Perkara seperti ini melangkaui bola sepak, kita bercakap mengenai nyawa manusia di sini, jadi kami semua bersetuju untuk berhenti,” kata jurulatih Xavi.

    “Nasib baik mereka berjaya menyelamatkannya.”

    Barcelona menjaringkan dua gol pada lewat perlawanan, menerusi Ansu Fati pada minit ke-86 dan pemain Perancis, Ousmane Dembele, yang menjadikan kedudukan 4-0 pada masa kecederaan.

    “Ia bukanlah satu perlawanan yang hebat, tetapi ia adalah satu perlawanan yang bagus,” kata Xavi, yang akan membawa pasukannya ke Bayern Munich untuk beraksi di perlawanan Liga Juara-Juara pada Selasa.

    Sementara itu, dalam pertemuan berasingan, Sevilla menang 3-2 menentang Espanyol dan mencatat kemenangan pertama musim ini hasil dua gol daripada Jose Angel Carmona dan satu gol daripada Erik Lamela, yang turut menerima kad merah lewat ketika pelawat bertahan untuk meraih tiga mata. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...