Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Barcelona perlu cari jalan raih kemenangan

    PARIS, 13 APRIL – Barcelona berusaha bertungkus lumus dalam saingan benua musim ini tetapi mereka perlu mencari jalan untuk mengatasi Eintracht Frankfurt di Camp Nou pada Khamis nanti jika mereka ingin mara ke separuh akhir Liga Europa.

    Pasukan Catalan tersebut memerlukan gol Ferran Torres pada separuh masa kedua untuk mencatat keputusan seri 1-1 menentang Frankfurt di Jerman dalam pusingan pertama suku akhi minggu lalu, menjadikan pertemuan seterusnya boleh dimenangi mana-mana pasukan dalam aksi timbal balik.

    Barca hanya menang sekali di laman sendiri di Eropah pada musim ini, menewaskan Dynamo Kiev 1-0 semasa kempen peringkat kumpulan Liga Juara-Juara yang gagal.

    Sejak memasuki perlawanan Liga Europa, kali pertama mereka mengambil bahagian adalah dalam saingan Eropah peringat kedua sejak 2004, memperoleh keputusan seri di tempat sendiri semasa bertembung dengan Napoli dan Galatasaray sebelum berjaya memenangi kejohanan.

    Kini tiada lagi kelebihan gol di tempat lawan, tetapi prestasi semasa menjadikan Barcelona sebagai pasukan pilihan utama untuk mara menjadi empat pasukan terakhir dengan pasukan Xavi Hernandez yang belum tewas dalam 15 perlawanan, satu kempen yang telah melonjakkan mereka kembali ke tangga kedua La Liga. – AFP

    Reaksi pemain Barcelona meraikan selepas berjaya menjaringkan gol semasa perlawanan pada 10 April lalu. Barcelona kini mencari jalan untuk memenangi perlawanan menentang Frankfurt pada Khamis nanti. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...