Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Barcelona sedia tandatangani Aubameyang

    MADRID, 1 FEB – Barcelona dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani Pierre-Emerick Aubameyang hari ini, selepas Arsenal bersetuju untuk membiarkan bekas kapten mereka pergi secara percuma.

    Aubameyang akan menyertai Barca dalam perjanjian awal enam bulan, menurut laporan dalam akhbar Sepanyol, dengan pilihan untuk melanjutkan setahun lagi.

    Penandatanganan tersebut tidak perlu diumumkan sebelum jendela perpindahan ditutup hari ini, kerana Aubameyang dilaporkan ejen bebas.

    Dia sebelum ini mengejutkan Barcelona dengan melancong ke bandar itu, di mana bapanya memiliki rumah dan rundingan nampaknya gagal disebabkan gaji penyerang itu.

    Barca terus dihambat oleh hutang yang sangat besar, yang berjumlah lebih daripada satu bilion euro.

    Kelab itu juga tidak berjaya cuba menjual Ousmane Dembele, yang kini boleh pergi secara percuma apabila kontraknya tamat pada musim panas.

    Tetapi walaupun dengan Dembele kekal, perjanjian Aubameyang dihidupkan semula beberapa jam kemudian, kerana Arsenal bersetuju untuk membiarkan bekas kapten mereka pergi dengan perpindahan percuma, membolehkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengalihkan keseluruhan gaji pemain tersebut.

    Xavi Hernandez berharap Aubameyang akan menjadi pemain penting dalam pejuangan Barca memburu kedudukan empat teratas La Liga.– AFP

    Barcelona dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani Pierre-Emerick Aubameyang hari ini.- Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...