Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Barcelona tamatkan jelajah AS tanpa kalah

    HARRISON, AMERIKA SYARIKAT, 31 JULAI – Jaringan Ousmane Dembele dan Memphis Depay membantu Barcelona mencatat kemenangan 2-0 ke atas New York Red Bulls kelmarin ketika kelab gergasi Sepanyol itu menamatkan lawatan persahabatan empat perlawanan mereka di Amerika Syarikat (AS) tanpa kalah.

    Pemain sayap Perancis, Dembele meletakkan Barcelona di hadapan selepas 40 minit perlawanan di hadapan seramai 25,252 orang penonton yang hadir di Arena Red Bull.

    Depay menggenapkan kedudukan 2-0 pada minit ke-87 selepas Red Bulls bermain dengan 10 orang pemain apabila Daniel Edelman dibuang padang kerana melakukan terjahan ke atas Pablo Torre.

    Sementara itu, penyerang yang baru ditandatangani, Robert Lewandowski, masih mencari gol pertamanya untuk Barcelona. Kelab itu seterusnya akan kembali ke Sepanyol setelah meraih tiga kemenangan dan satu seri dalam empat perlawanan persahabatan. Kemenangan kelmarin berikutan kemenangan 6-0 ke atas Inter Miami, 1-0 kemenangan ke atas saingan La Liga, Real Madrid, dan seri 2-2 dengan Juventus.

    Pemain sayap Perancis, Dembele membuka jaringan dengan gol ketiga-nya dalam dua perlawanan.

    Manakala Depay menjaringkan gol pada minit ke-87, memanfaatkan kekeliruan di barisan pertahanan Red Bulls untuk menyumbat bola ke dalam jaring.

    Sementara itu, Lewandowski dilihat jelas berusaha untuk menjaringkan gol pertamanya pada separuh masa pertama, tetapi gagal untuk memberikan penyudah yang sempurna.

    Barcelona seterusnya akan menamatkan pramusim mereka dengan perlawanan menentang Pumas UNAM dari Mexico di Camp Nou pada Ahad depan. – AFP

    Aksi Memphis Depay (kiri) pada separuh masa kedua perlawanan persahabatan pramusim di Red Bull Arena di Harrison, New Jersey kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...