Barisan hadapan PDB tidak dilupakan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) hari ini, telah menerima sumbangan berupa 20 botol hand sanitiser dan 30 kotak penutup mulut dan hidung daripada Bobby Electrical Co. Sdn Bhd dan One Station Supermarket serta 60 kotak sarung tangan daripada 673 Cyclists.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Bobby Electrical Co Sdn Bhd, Philip Chieng kepada Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan PDB, Awang Mohammad Zulhilmi bin Haji Omar Ali pada majlis yang diadakan di di Ibu Pejabat PDB.

Menurut kenyataan yang diberikan, sumbangan tersebut adalah keperluan yang disalurkan bagi kegunaan pegawai dan anggota barisan hadapan PDB dalam menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini.

PDB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bobby Electrical Co Sdn Bhd, One Station Supermarket dan 673 Cyclists atas sumbangan ikhlas bagi sama-sama membantu dalam pencegahan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Awang Mohammad Zulhilmi ketika menerima sumbangan tersebut.