Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Barisan menteri kabinet Pakistan angkat sumpah

    NEW DELHI, 19 APRIL – Barisan Kabinet baharu Pakistan pimpinan Perdana Menteri Shehbaz Sharif mengangkat sumpah jawatan di Istana Presiden di Islamabad hari ini.

    Mereka terdiri 37 Ahli Parlimen yang mewakili parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) pimpinan Shehbaz dan sekutunya Pergerakan Demokratik Pakistan (PDM).

    Majlis angkat sumpah itu disaksikan Pengerusi Senat Sadiq Sanjrani yang mewakili Presiden Arif Alvi.

    Sementara itu, Hina Rabbani Khar dari Parti Rakyat Pakistan (PPP) telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Pakistan dan Rana Sanaullah dari PML-N akan menerajui Kementerian Dalam Negeri. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...