Barkley: England optimis kekang Modric

BURTON-ON-TRENT, United Kingdom, 10 Okt – England memiliki keupayaan untuk bersaing bersama pemain terbaik FIFA dari Croatia, Luka Modric, tegas midfield Chelsea Ross Barkley yang percaya dia boleh menambah dimensi baru kepada Three Lions dalam aksi antarabangsanya.

Barkley terpaksa menonton dari jauh ketika Modric dari Real Madrid dan Ivan Rakitic dari Barcelona mengetepikan midfield England itu dalam kemenangan 2-1 separuh akhir Piala Dunia bagi Croatia di Moscow.

Tiga bulan selepas itu, kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi dalam Liga Antarabangsa Jumaat ini dan Barkley merupakan salah seorang dari hos midfield muda yang didrafkan dalam skuad Gareth Southgate dan bersedia untuk menghasilkan impak.

Pada usia 24 tahun dengan 22 kap, Barkley adalah pemain senior berbanding kebanyakan rakan sepasukannya yang baru. James Maddison dari Leicester dan pemain remaja Mason Mount dan Jadon Sancho semuanya menerima panggilan pertama mereka.

Dan Barkley percaya masa depan adalah cerah bersama pasukan muda England yang cemerlang bersama pasukan senior dalam persaingan separuh akhir Piala Dunia pertama dalam tempoh 28 tahun.

Barkley (kiri) ketika bersaing untuk menguasai bola dengan pemain Liverpool, Fabinho dalam aksi liga di stadium Anfield pada 26 September lalu. – AP

“Ia adalah satu cabaran. Anda melihatnya dalam Piala Dunia bagaimana hebatnya Modric dan Rakitic yang beraksi bagi pasukan yang hebat Barcelona,” katanya mengenai prospek untuk menentang pemain hebat midfield Croatia.

“Kami mendapatkan pemain untuk bersaing bersama negara-negara besar. Kami mendapatkan identiti sekarang. Kami pergi ke Piala Dunia dan mara ke seapruh akhir dan kami akan menuju ke arah yang tepat.”

Barkley adalah sebahagian daripada skuad England yang tersingkir awal pada Piala Dunia 2014 dan Euro 2016.

Bagaimanapun, dia beranggapan komitmen Southgate untuk mempercayai pemain muda dan usaha untuk menyesuaikan secara teknikal terhadap pasukan berbakat itu telah menukar England sejak kemunculan terakhirnya dua tahun lalu.

“Kami telah melalui arah yang berbeza. Kami menambah banyak pemain muda ke dalam skuad. Kami semua berkembang dari usia muda, berkembang menjadi pemain besar.

“Kami semua memiliki tujuan yang sama. Kami mahu mencapai kejayaan bagi England dan kami semakin hampir kepada kedudukan itu.

“Saya percaya saya boleh membawa sesuatu yang berbeza kepada England.” – AFP