Barkley terus gah, kekal rekod tanpa kalah Villa

LEICESTER, 19 OKT – Aston Villa meraih kemenangan keempat berturut-turut untuk meneruskan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) terbaik mereka ketika Ross Barkley menjaringkan gol pada minit-minit akhir masa tambahan untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas Leicester semalam.

Setelah menjaringkan tujuh gol menentang Liverpool di perlawanan sebelum ini, Villa hanya memerlukan satu jaringan untuk mengekalkan 100 peratus rekod permulaan yang baik dan kini hanya ketinggalan satu mata berada di belakang tempat pertama iaitu Everton dengan memiliki baki satu perlawanan di tangan.

Barkley menerima hantaran baik dari John McGinn, membawa bola ke depan dan melakukan rembatan cantik dari jarak 25 meter masuk ke sudut bawah gawang pada minit ke-91 masa tambahan di Stadium King Power. Pemain tengah England itu telah mencetak gol dalam kedua-dua perlawanan terakhirnya di Villa sejak menyertai kelab itu dengan pinjaman dari Chelsea.

“Ia adalah satu permulaan yang sangat bagus baginya hari ini,” kata pengurus Villa, Dean Smith.

“Dia mengalami seditkit kecederaan di lutut tetapi itu adalah gol sangat bagus dan prestasi persembahan yang baik oleh seluruh pasukan.”

Villa telah memenangi empat perlawanan terakhir mereka dan pertama kali dalam kempen mereka sejak 90 tahun yang lalu.

Itu adalah permainan dengan sedikit peluang yang jelas, menentang pasukan yang berada di tempat keempat, Leicester tidak memiliki kelebihan tanpa penyerang Jamie Vardy yang cedera.

Peluang terbaik mereka apabila Timothy Castagne melakukan tendangan dari jarak dekat tetapi ditepis oleh penjaga gol Villa, Emiliano Martinez pada separuh masa pertama perlawanan. – AP

Reaksi Ross Barkley dari Aston Villa meraikan jaringan golnya semasa perlawanan EPL antara Leicester City dan Aston Villa di Stadium King Power, Leicester, England, semalam. – AP