BUENOS AIRES, 31 Jan – Pemain tengah antarabangsa Colombia, Wilmar Barrios telah melengkapkan perpindahannya ke Zenit Saint Petersburg dari Boca Juniors, menurut pengesahan yang dibuat oleh ejen pemain berusia 25 tahun itu.
Barrios akan menyertai kelab dari Rusia itu dalam tempoh beberapa hari selepas Zenit dilaporkan bersetuju membayar kelab Argentina itu sebanyak 18 juta euro.
“Kelab telah mencapai satu perjanjian dan Barrios akan dimasukkan ke dalam skuad Zenit,” menurut ejen, Juan Carlos Torres. Sebelum itu, Barrios memberitahu media setempat bahawa beraksi di Eropah merupakan ‘satu langkah penting dalam kariernya.’
Bekas pemain Deportes Tolima telah membuat 67 penampilan bersama Boca dan membantu pasukan kembali menjuarai gelaran Superliga Argentina pada 2017 dan 2018. – Xinhua


































