Bartomeu yakin bintang Barca kekal

BARCELONA, 26 JULAI – Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mengulangi kenyataan bahawa dia ‘yakin’ Lionel Messi akan menandatangani kontrak baharu tetapi menambah bahawa perintah berkurung akibat koronavirus telah menjejaskan pendapatan kelab sebanyak 30 peratus dan ia akan mengehadkan aktiviti perpindahan kelab.

“Messi seperti yang dikatakan berkali-kali bahawa dia ingin menamatkan kariernya di sini dan saya yakin bahawa dia akan menyambung kontrak baharu,” kata Bartomeu dalam temu bual yang diterbitkan oleh akbar sukan Barcelona, Mundo Deportivo.

Kontrak Messi bakal tamat pada bulan Jun 2020 dan ste-sen radio tempatan, Cadena Ser melaporkan bahawa pada awal bulan Julai lalu, pemain kelahiran Argentina tersebut telah menamatkan perbincangan dengan kelab. Messi sering kali dilaporkan berbalah dengan ahli lembaga kelab.

Dia memberi reaksi secara terbuka apabila pengarah sukan, Eric Abidal menyalahkan pemain atas pemecatan jurulatih Ernesto Valverde pada Januari lalu.

Messi turut mengetuai serangan balas pemain Barcelona mengenai perbalahan dengan ahli lembaga pada bulan Mac berhubung dengan pemotongan gaji semasa pandemik koronavirus.

Prestasi Barcelona merudum selepas La Liga disambung semula dan jatuh dari puncak liga dan Real Madrid berjaya merangkul kejuaraan dan pemain berusia 33 tahun, Messi adalah salah seorang yang menerima kritikan.

Dia turut berkata Barcelona kehilangan 200 juta euros disebabkan oleh sekatan koronavirus dan menyasarkan akan kehilangan 1,100 juta euros dalam pelan lima tahun untuk musim hadapan. Dia berkata kelab mengalami kerugian sebanyak 30 peratus. – AFP

Josep Maria Bartomeu mengulangi kenyataan bahawa dia ‘yakin’ Lionel Messi akan menandatangani kontrak baharu. – AP