DORTMUND, 6 Ogos – Bayern Munich merangkul menjulang Piala Super Jerman dengan kemenangan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti di Borussia Dortmund selepas Marc Bartra mendapati sepakannya diselamatkan.
Perlawanan itu berakhir dengan kedua pasukan terikat 2-2 selepas 90 minit, apabila gol Christian Pulisic untuk Dortmund membatalkan jaringan Robert Lewandowski.
Pierre-Emerick Aubameyang, penjaring terbanyak Bundesliga musim lepas, mengembalikan pendahuluan Dortmund ketika perlawanan berbaki 19 minit sebelum jaringan sendiri Lukasz Piszczek mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalty.
“Kami tidak mempunyai banyak masa untuk bersedia, tetapi kini kami mempunyai lebih banyak masa berlatih dan sangat gembira untuk memenangi gelaran pertama,” kata Lewandowski.
Bekas pemain pertahanan Barcelona, Bartra, satu-satunya pemain yang cedera teruk dalam serangan bom April ke atas bas pasukan Dortmund, menyaksikan sepakannya diselamatkan bagi memberikan piala buat tahun kedua berturut-turut.
Aubameyang, menjadi subjek perpindahan mahal ke China, dan Ousmane Dembele, yang dilaporkan menerima tawaran sebanyak 70 juta euro dari Barcelona untuk menggantikan Neymar, keduanya bermain cemerlang bagi Dortmund.
Kemenangan itu memberikan Bayern gelaran pertama musim ini, sebagai juara bertahan mereka akan membuka musim baru Bundesliga pada 18 Ogos di gelanggang sendiri menentang Bayer Leverkusen. Kemenangan itu disambut baik oleh ketua jurulatih, Carlo Ancelotti, selepas pasukannya tewas lima daripada enma perlawanan pemanasan.
“Kami tahu pra musim tidak berjalan seperti yang dirancang,” kata penjaga gol Bayern, Sven Ulreich.
“Hari ini kami menyaksikan FC Bayern yang sebenar sekali lagi dan kami membuktikan bahawa moral kami sudah kembali.” – AFP