Barty kembali berentap di Adelaide

MELBOURNE, 10 DIS – Ashleigh Barty akan kembali beraksi untuk kali pertama dalam tempoh empat bulan di Adelaide pada Januari sementara Naomi Osaka dan Rafael Nadal memulakan saingan mereka di kejohanan pemanas badan Terbuka Australia di Melbourne, menurut pegawai hari ini.

Barty tidak bermain sejak tersingkir secara mengejut di pusingan ketiga di Terbuka AS pada September, namun pemain kelahiran Australia masih menamatkan tahun 2021 sebagai pemain nombor satu dunia selepas semusim yang mana dia telah memenangi lima gelaran.

Juara bertahan kejohanan Wimbledon menjadi tumpuan di padang Antarabangsa Adelaide yang menyaksikan penyertaan sembilan daripada 10 pemain terbaik wanita, termasuk Iga Swaitek, yang akan mempertahankan gelarannya.

Bekas pemain nombor satu dunia, Garbine Muguruza, Karolina Pliskova dan Victoria Azarenka turut menyertai kejohanan yang akan berlangsung pada 2 hingga 9 Januari, bersama pemain nombor dua dunia Aryna Sabalenka.

Satu-satunya pemain 10 teratas yang tidak bertanding di Adelaide adalah pemain ranking tujuh dunia, Anett Kontaveit.

Juara bertahan Terbuka Australia, Osaka, yang terlepas ke ranking ke-13 dunia, akan bermain di Melbourne Summer Set pada 3 hingga 9 Januari, yang akan dijalankan kejohanan lelaki dan wanita secara serentak.

Dia akan disertai oleh juara Terbuka AS, Emma Raducanu, yang prestasinya menurun sejak kejutan di Flushing Meadows.

Pemain lain yang akan berentap termasuk Simona Halep, Elise Mertens dan Anastasia Pavlychenkpva, pemain ranking teratas di kedudukan ke-11.

Sementara pemain AS, Serena Williams, yang terlepas gelaran Grand Slam ke-23 – masih ketinggalan satu rekod terbaik sepanjang zaman yang dicatat Margaret Court – menarik diri dari kejohanan di Australia, dengan mengatakan dia tidak mahu ‘berada di mana fizikalnya sepatutnya berada’.– AFP

Gambar fail bertarikh 10 Julai 2021 menunjukkan reaksi Ashleigh Barty meraikan kejuaraan selepas memenangi acara akhir kejohanan Wimbledon.- AP