MELBOURNE, 19 JAN – Pemain pilihan utama wanita, Ashleigh Barty melangkah lebih dekat dan berpotensi memasuki perlawanan pusingan keempat dengan Naomi Osaka di dalam persembahan kedua yang menakjubkan di Terbuka Australia hari ini.
Rafael Nadal meneruskan usahanya untuk merangkul gelaran juara Grand Slam ke-21 lelaki, tetapi memerlukan lima mata perlawanan untuk menyingkirkan pemain kelayakan dan mara ke pusingan ketiga.
Barty, mengintai gelaran juara pertama Slam di laman sendiri, dengan mudah mengalahkan pemain kelayakan dari Itali, Lucia Bronzetti dengan 6-1, 6-1 hanya dalam masa 52 minit di Rod Laver Arena.
Barty yang bermain dengan konsisten, yang telah memenangi gelaran secara perseorangan dan juga beregu semasa mendahului kejohanan di Adelaide, servis yang tidak pernah mengecewakannya untuk 48 permainan berturut-turut kepada lima perlawanan tahun ini.
“Saya merasa bahawa kami mempunyai persediaan yang baik di Adelaide. Kami bermain dengan baik serta dalam perlawanan yang sukar. Jurulatih saya, Craig Tyzzer adalah seorang master,” kata juara dua kali Grand Slam, yang menjadi pilihan utama di Melbourne.
“Saya merasa seluruh pasukan kami bermain dengan sangat baik apabila bersama-sama. Kami menikmati permainan tenis ini dan dapat menghasilkan beberapa perkara yang cukup bagus.”
Barty, yang telah memenangi kejohanan Wimbledon pada tahun lalu, berpotensi mendapat satu kemenangan lagi dari pertembungan peringkat 16 terakhir dengan juara bertahan, Osaka, yang menentang pemain Amerika Syarikat, Madison Brengle pada sesi malam hari ini. – AFP