Baru Bian dilantik semula

KUCHING, 16 Dis – Menteri Kerja Raya Baru Bian telah dipilih semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR.

PKR dalam satu kenyataan malam ini berkata Baru, 60, yang juga Anggota Parlimen Selangau dilantik semula setelah selesai proses perbincangan dan rundingan di antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua-ketua cabang negeri Sarawak.

Mesyuarat di antara Anwar dan 27 ketua cabang negeri telah diadakan di sini semalam.

Bagaimanapun Baru tidak hadir kerana menjalankan tugas rasminya di Lawas. – Bernama