Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Baru jadi ibu, Neelofa turut terasa kehilangan Rayan

    Tragedi yang menimpa kanak-kanak warga Maghribi, Allahyarham Rayan Awram telah meninggalkan kesan mendalam kepada ramai orang di seluruh dunia.

    Berita sedih tersebut turut menyentuh hati selebriti dan usahawan Neelofa yang berkongsi perasaan sedih dan pilu dengan kejadian ini.

    Sebagai seorang ibu yang baru melahirkan anak, Neelofa berkata, dia merasai kesedihan bagaimana perasaan kehilangan seorang anak.

    “Sebagai seorang insan yang baru merasa menjadi ibu juga kepada anak sulung lelaki, berita ini betul-betul memberi kesan kepada saya sepanjang hari semalam.

    “Jadi sakit kepala melihat posting tentang Rayan.

    Neelofa merasa turut terkesan tragedi yang menimpa Rayan dan mendoakan buat arwah dan keluarganya.- Agensi

    “Tak sanggup dan tak boleh bayangkan perasaan keluarga anak syurga ini,” tulis Neelofa.

    Seperti juga orang lain yang mengikuti perkembangan Rayan, Neelofa turut sama menitipkan doa buat arwah dan keluarga.

    “Semoga Allah memudahkan keluarganya untuk melalui ketentuan-Nya dan menanti Rayan di pintu syurga,” tulis Neelofa dalam laman Instagram baru-baru ini.

    Berita adik Rayan yang terjatuh di sebuah perigi sedalam 32 meter sejak Selasa lalu (1 Februari) mendapat liputan seluruh dunia.

    Rayan dilaporkan meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat berjaya membawanya keluar dari lubang perigi tersebut.

    Sementara itu Neelofa pula baru sahaja menyambut kelahiran anak lelaki pertama pada 29 Januari yang diberi nama Muhammad Bilal. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...