Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Bas bawa 30 murid, 10 guru terbabas akibat stereng tidak berfungsi

    GUA MUSANG, 31 OKT – Seramai 10 guru dan 30 murid Sekolah Islam Integrasi Ikhwan Gong Kulim Pasir Puteh berdepan detik cemas, apabila bas dinaiki mereka terbabas ke dalam semak ladang sawit di KM 44 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian yang berlaku 6:15 pagi itu, menyebabkan kesemua pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun mengalami cedera ringan.

    “Bas tersebut dalam perjalanan pulang dari Zoo Negara menuju Pasir Puteh.

    “Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila stereng bas berkenaan tidak berfungsi, menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan itu seterusnya terbabas ke dalam semak ladang sawit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sik berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Klinik Chiku 3 untuk menerima rawatan awal. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...