Thursday, December 12, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas bawa penganut Syiah terbalik, 18 maut

    BAGHDAD, 3 SEPT — Sebuah bas yang membawa satu rombongan ke bandar Karbala di Iraq terbalik di utara Baghdad kelmarin, menyebabkan 18 orang terkorban, kata pegawai perubatan.

    Berjuta-juta orang penganut Syiah berkumpul di bandar itu setiap tahun untuk ziarah Syiah Arbaeen, yang dianggap sebagai perhimpunan awam tahunan terbesar di dunia. Mereka datang dari pelbagai bahagian di Iraq serta dari Iran dan negara-negara Teluk, dengan ramai yang pergi ke Karbala dengan berjalan kaki.

    Dua pegawai perubatan Iraq yang tidak mahu namanya disiarkan kerana mereka tidak dibenarkan untuk bercakap dengan media berkata bahawa bas itu terbalik berhampiran bandar Balad, kira-kira 90 kilometer utara Baghdad.

    Mangsa terdiri daripada 15 lelaki dan tiga wanita. Di antara mereka ialah 10 warga Iran, dua warga Iraq – pemandu bas dan anaknya, serta enam orang yang tidak diketahui kewarganegaraannya, kata pegawai itu. – AP

    Bas yang terbalik ketika membawa rombongan ke Karbala digambarkan di balai polis di Balad, Iraq, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda