Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bas Belia ke Daerah Belait

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 1 SEPT – Program Bas Belia sempena Hari Belia Kebangsaan ke-17 telah diteruskan lagi dengan para peserta seramai 40 orang belia membuat perjalanan ke Daerah Belait yang bermula kelmarin.

    Perhentian pertama rombongan berkenaan di daerah ini adalah kediaman pegawai Daerah Belait di mana mereka mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh pegawai-pegawai Jabatan Daerah Belait.

    Pada sebalah malam, para peserta menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pergerakan Belia Minda di dewan-dewan Jabatan Belia dan Sukan Daerah Belait.

    Manakala itu, pada hari ini, rombongan mengadakan lawatan ke ladang suria Tenaga Suria Brunei (TSB) yang terletak di Seria, di mana para belia mempelajari mengenai usaha-usaha dan pembangunan yang dilaksanakan bukan sahaja dalam mengurangkan kesan karbon negara malah untuk penyelidikan bagi menguji pelbagai jenis panel suria dalam persekitaran tempatan.

    Salah seorang belia yang ditemui, Awang Mohd Azinuddin bin Mohd Aziman dari Daerah Tutong menggambarkan penyertaannya dalam program itu sebagai bermanfaat, berkata bahawa beliau dapat melihat secara langsung pelbagai warisan budaya negara seperti puak Kedayan, yang merupakan sebahagian daripada program yang diadakan di Daerah Brunei dan Muara.

    Seorang lagi peserta, Dayang Nur Hana Hafizah binti Mohd Zin dari Daerah Brunei dan Muara juga menyatakan bahawa beliau dan ramai belia lagi berpeluang melawat ladang suria berkenaan buat kali pertama menerusi program itu.

    Menurutnya, semasa lawatan itu, mereka mendapat pengetahuan mengenai pelbagai sistem yang digunakan dan peranannya dalam menyumbang kepada kawasan sekitar.

    Rombongan dijadualkan meneruskan perjalanan mereka ke Daerah Tutong dan akan berakhir di Daerah Temburong pada 3 September ini.

    Peserta Program Bas Belia berpeluang melawat ladang suria TSB di Seria semasa kunjungan ke Daerah Belait, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...