Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Bas bertembung lori, 18 cedera

    GILBERT, SOUTH CAROLINA, 26 MEI – Sebuah bas sekolah bertembung dengan sebuah lori tangki semalam di Carolina Selatan, menyebabkan sekurang-kurangnya 18 orang, kebanyakannya kanak-kanak, dimasukkan ke hospital, kata pihak berkuasa.

    Bas itu membawa 36 penumpang apabila ia bertembung dengan lori tangki pada pukul 4 petang di persimpangan berhampiran Gilbert di Lexington County, menurut Peronda Lebuh raya Carolina Selatan.

    Sekurang-kurangnya 17 kanak-kanak dan seorang dewasa dibawa ke Pusat Perubatan Lexington untuk rawatan, beritahu hospital itu kepada WIS-TV.

    Tidak ada maklumat mengenai keadaan mangsa atau punca nahas.

    Penumpang bas tersebut adalah pelajar dari Sekolah Menengah Gilbert. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -