Bas bertembung ragut 7 jiwa

BANDUNG, 14 NOV – Tujuh terkorban ketika dua bas penumpang bertembung di jalan raya bertol yang sibuk di Indonesia hari ini, kata pihak berkuasa.

Kemalangan maut itu, yang turut mencederakan 16 penumpang, sebahagiannya serius, berlaku sejurus selepas tengah malam di laluan Jawa Barat yang menghubungkannya dengan Jakarta.

Seorang pemandu bas hilang kawalan, menyebabkan ia terbabas sebelum merempuh satu lagi bas dari arah bertentangan, mengorbankan tujuh orang termasuk pemandunya dan mencederakan lebih 12 orang, menurut jurucakap polis Jawa Barat, Trunoyudo Wisnu Andiko.

Pemandu bas yang hilang kawalan itu mengalami kecederaan, tetapi tiada seorang pun penumpangnya cedera, katanya. Punca kemalangan belum diketahui. – AFP