Bas berubah wajah jadi tandas awam

PUNE, 21 FEB – Dengan hanya lima rupee, wanita di India boleh menggunakan tandas di atas bas.

Projek Ti Toilet itu dilancarkan dua usahawan Ulka Sadalkar dan Rajeev Kher pada 2016 untuk kegunaan wanita membuang air dalam bas termasuk menyusukan anak damit selain menyediakan bekalan lampin dan napkin pakai buang.

Sebanyak 12 bas lama diubah suai sebagai tandas yang digunakan lebih 200 wanita setiap hari.

Sadalkar berkata, idea itu dihasilkan sebagai sebahagian siri projek fokus memperbaiki kebersihan di bandar barat India itu.

“Kami percaya wanita berhak mendapat akses tandas bersih dan selamat. Ini adalah perkara asas yang wajar.

“Kami fokuskan dalam memperbaharui bas ini dan menyediakan tandas bersih, set televisyen, kawalan suhu lengkap dengan atendan. – AFP

Gambar fail pada 9 Februari 2020 menunjukkan orang ramai melintasi sebuah bas yang kini dijadikan sebagai tandas awam di Pune. – AFP