Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bas dan pikap bertembung di Kaherah, 14 maut

    KAHERAH, 29 Ogos – Kemen-terian Kesihatan Mesir berkata 14 orang telah terbunuh dan 42 lagi cedera apabila sebuah bas bertembung dengan sebuah trak pikap dan kemudian menjunam dari sebuah jejambat ke jalan raya di bawahnya.

    Kementerian itu berkata kemalangan itu terjadi di sebuah jalan raya utama menghubungkan bandar Beni Suef dengan ibu negeri, Kaherah.

    Agensi berita kerajaan Mesir, MENA memetik pegawai kesihatan yang tidak dinamakan sebagai berkata, tiga daripada yang cedera itu dalam keadaan serius dan dalam penjagaan intensif.

    Bas yang dimiliki oleh syarikat pelancongan swasta itu membawa 62 penumpang. Bas-bas pelancong sering dipajak dan digunakan bagi trafik komuter dalam bandar pada musim rendah.

    Kemalangan-kemalangan trafik adalah satu kebiasaan di Mesir, di mana jalan-jalan raya sering tidak dijaga dengan baik dan peraturan-peraturan lalu lintas jarang dikuatkuasakan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata ia menyumbang hampir 12,000 kematian setiap tahun. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda