NIAMEY, 17 MAC – Suspek pejuang jihad menyerang sebuah bas dan trak di Niger, membunuh 21 orang di barat daya rantau Tillaberi dekat Burkina Faso, kata sumber tempatan dan keselamatan hari ini.
“Serangan ganas lelaki bersenjata yang menaiki motosikal dan dalam kenderaan membunuh 19 orang yang menaiki bas, termasuk dua pegawai polis,” kata sumber keselamatan.
“Dua lagi terbunuh dalam serangan ke atas sebuah trak,” tambahnya.
Mereka mati terbakar apabila trak itu diletupkan.
Lima orang termasuk seorang anggota polis cedera dalam serangan ke atas bas tersebut, yang turut dibakar. Mereka dibawa ke ibu negara, Niamey, untuk rawatan, menurut sumber tersebut.
Tujuh penumpang – empat wanita dan tiga lelaki – berjaya melarikan diri dari bas tersebut. – AFP