Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Bas kuarantin nahas, ragut 27 jiwa

    BEIJING, 18 SEPT – Dua puluh tujuh orang maut dalam perjalanan ke kemudahan kuarantin COVID-19 apabila bas mereka terlibat kemalangan di barat daya China hari ini, menurut pihak berkuasa tempatan, dalam nahas jalan raya dahsyat di negara itu tahun ini.

    Nahas berlaku di lebuh raya di luar bandar wilayah Guizhou apabila kenderaan yang membawa 47 orang itu ‘terbalik ke tepi’, kata polis daerah Sandu dalam satu kenyataan di media sosial.

    Seramai 20 orang telah dirawat kerana kecederaan dan anggota kecemasan dihantar ke lokasi kejadian di wilayah terpencil Qiannan, kata polis.

    Kerajaan Guizhou mengesahkan hari ini bahawa kenderaan itu telah ‘membawa orang yang berkaitan dengan wabak itu ke kemudahan kuarantin’ dari ibu kota wilayah Guiyang, dan kemalangan itu berlaku sekitar 2:40 pagi.

    “Pada ketika ini, kerja-kerja menyelamat di lokasi pada asasnya sudah selesai, rawatan mangsa yang cedera dan urusan mangsa korban berjalan dengan teratur, dan punca kemalangan masih dalam siasatan,” menurut kerajaan tempatan dalam satu kenyataan sosial media.

    Tidak jelas sama ada penumpang dijangkiti COVID, kontak rapat atau mereka yang tinggal di bangunan yang sama dengan pesakit virus.

    Guizhou telah menyaksikan lebih 900 jangkitan baharu dalam dua hari lalu dan Guiyang, yang menempatkan enam juta orang, telah dikurung pada awal September.

    Gambar yang dikongsi secara meluas dalam media sosial hari ini menunjukkan sebuah bas penumpang berwarna keemasan, bahagian atasnya remuk, telah ditunda oleh sebuah trak.

    Satu lagi gambar tular menunjukkan bas itu dipandu pada tengah malam, dengan pemandu dan penumpang memakai sut hazmat, yang masih digunakan untuk melindungi diri daripada Covid.

    AFP tidak dapat mengesahkan gambar tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...