Bas pelancong terbalik, seorang terkorban

BUDAPEST, 9 OGOS – Seorang lelaki terkorban dan tiga orang termasuk seorang kanak-kanak cedera parah ketika sebuah bas pelancongan terbalik di longkang tepi jalan raya Hungary, kata polis dan penyelamat hari ini.

Kejadian berlaku di lebuh raya M5 di bandar Kiskunfelegyhaza, kira-kira 115 kilometer (71 batu) timur bandar Budapest.

Polis mengatakan kenderaan itu sebuah bas pelancong Poland. Jurucakap Perkhidmatan Penyelamat Nasional mengatakan seorang lelaki berusia 35 tahun meninggal di tempat kejadian dan 34 orang yang lain cedera.

Tiga orang yang mengalami kecederaan serius, termasuk seorang kanak-kanak berumur sekitar 5 tahun.

Dua helikopter dan 14 ambulans membawa mereka yang cedera ke hospital. Bas itu bergerak menuju ke Budapest dan kemalangan itu berlaku sekitar jam 6:30 pagi (0430 GMT). – AP

Ambulans dan anggota bomba di tempat kejadian setelah sebuah bas tersebut terbalik di longkang bahagian lebuh raya M5 sejauh 115 meter menuju ke Budapest, di Kiskunfelegyhaza, Hungary. – AP