Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Bas penuh pelarian Ukraine terbalik di Itali, 1 maut

    ROM, 13 MAC – Sebuah bas membawa kira-kira 50 pelarian Ukraine terbalik di lebuh raya utama di utara Itali pada waktu Subuh hari ini, membunuh seorang, kata anggota bomba Itali.

    Televisyen negara Itali berkata lima orang juga cedera, namun tidak mengalami cedera parah, dalam kemalangan yang berlaku di lebuh raya A14 dekat Forli, sebuah bandar di rantau Emilia-Romagna di timur laut Itali. Menurutnya penumpang selebihnya selamat dipindahkan.

    Bas itu terbalik di tepi cerun berumput tepi lebuh raya dan dekat sebuah ladang. Anggota bomba menggunakan dua kren dalam operasi itu untuk memindahkan bas.

    Kementerian Dalam Negeri Itali berkata bas itu berlepas dari Ukraine dan menuju ke selatan Pescara, sebuah bandar pelabuhan Adriatic, semasa ia terbalik.

    Para penumpang dibawa ke berek polis berdekatan bagi bantuan awal dan akan meneruskan perjalanan mereka nanti, kata kementerian.

    Kira-kira 35,000 pelarian Ukraine yang lari dari perang di tanah air mereka telah memasuki Itali, kebanyakannya menerusi sempadan bersama Slovenia. – AP

    Bas yang terbalik dekat Forli, Itali pada 13 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...