Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Bas persiaran terbabas mengorbankan satu jiwa, sembilan cedera

    TERENGGANU, 19 MEI – Seorang penumpang wanita maut, manakala sembilan lagi cedera selepas sebuah bas persiaran terbabas di Kilometer 375 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 dekat Ajil, Bukit Besi, Terengganu, awal pagi tadi.

    Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5:16 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

    Bas yang membawa 30 penumpang itu dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan.

    “Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran dengan jentera EMRS dan ambulans, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata bomba.

    Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – Bernama

    Antara mangsa yang terselamat selepas sebuah bas persiaran terbabas di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2, Ajil-Bukit Besi pagi tadi.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -